Menghina institusi diraja Raja_Petra_Kamaruddin

Pada 23 Julai 2007, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib, Ketua Penerangan UMNO, telah membuat satu laporan polis terhadap Malaysia Today pada pukul 12.57 tengah hari di stesen polis Tun H.S. Lee, di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 121 (B) dan Seksyen 123, Seksyen 4 dari Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 263 dan Seksyen 266 dari Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, untuk satu masukan blog pada 11 Julai di dalam laman berkenaan yang dianggap menghina Yang di-Pertuan Agong, merendah-rendahkan Islam dan cuba membuat hasutan dan keganasan dalam kalangan kumpulan etnik tempatan.[6] Raja Petra Kamarudin membalas balik dengan menerbitkan satu rencana di dalam Malaysia Today, memukul balik Muhammad Muhd Taib dengan tuduhan-tuduhan hipokrasi dan rasuah. Satu laporan polis kedua telah dibuat terhadap Raja Petra yang dipercayai telah dilakukan setelah terbitnya rencana berkenaan, dan Raja Petra telah disaman ke balai polis Dang Wangi pada 25 Julai 2007, dan disoal siasat selama lapan jam.[7] Isterinya pula telah disoalsiasat selama sejam.[8]

Selepas dibebaskan setelah disoalsiasat, Raja Petra Kamarudin memberikan alasannya kenapa Muhammad Muhd Taib membuat laporan polis terhadapnya, menyatakan bahawa kerajaan ingin melenyapkan penulis-penulis blog sebelum pilihan raya Malaysia.[perlu rujukan]

Rujukan

WikiPedia: Raja_Petra_Kamaruddin http://www.smh.com.au/articles/2002/03/29/10172061... http://www.blogger.com/profile/2933506 http://rockybru.blogspot.com/2007/08/ah-marina-raj... http://www.malaysiakini.com/news/90208 http://www1.malaysiakini.com/news/89544 http://www1.malaysiakini.com/news/89549 http://www.malaysiatoday.com/berita http://www.suarakeadilan.com/isi/2008/05/02/raja-p... http://www.asiamedia.ucla.edu/article.asp?parentid... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/4/...